Wednesday, August 20, 2014

Setup diskless percuma

Ya ..seperti tajuknya...anda mahu saya setup diskless di cc anda secara percuma?..

mudah saja..penuhi syarat mudah ini...

Recomend kan 2 buah cc rakan anda untuk kami setup diskless
maka kami akan setup diskless di cc anda secara percuma..

hubungi kami untuk maklumat lanjut....

0195124240/0134172717

Thursday, August 14, 2014

Promo Syawal 4 (Sg. Ular, Kulim, Kedah)











Replace nxd to ccboot
server spec i5
configure 3 sata + 1 ssd
support with auto update game online
client 2 type mainboard i3 spec
mission complete

owner Bijak IT 
Sg Ular, Kulim Kedah


Gadget baru untuk cybercafe




What is the Omni and how is the Omni unique?
The Virtuix Omni™ is the first and only omni-directional treadmill that supports a full virtual reality experience. The Omni allows anyone to walk, run, and jump in within a 360-degree virtual world by leveraging natural movement. Affordable and compact, the Omni frees gamers from seated game play and unleashes the full potential of virtual reality gaming and entertainment.
How does the Omni work?
The Omni is a non-moving treadmill that consists of a low friction surface with radial grooves. The user wears specialized Omni shoes that have a low-friction, intricately configured sole that stabilizes the foot, allowing for a steady gait rather than having the foot slide from left to right. The purpose of the Omni shoe configuration is to mimic a natural gait. The Omni comes with a waist harness that provides safety and subtle support so the user is allowed to walk completely hands free, enabling other peripheral equipment to be held.
Why does the Omni use a concave surface instead of a flat surface?
The objective of the Omni is to enable a natural walking and running stride. The concave, low-friction surface is the result of two years of research, experimenting, and prototyping. The concave surface allows the user’s foot to slide back by gravity after each step, whereas a flat surface would require the user to physically move their feet backwards with their own force – which is not part of a natural stride. The concave and soft surface of the Omni also reduces any impact on the joints from walking or running.
Can the Omni be played with any game?
Yes, the Omni can be used with any out-of-the-box PC game that uses keyboard input (as long as the Oculus Rift or other head-mounted display is supported). The Omni works best with first-person perspective games where players can walk around and enjoy the environment (such as Skyrim or Minecraft) or first person shooters. An extensive collection of game demos is available on our website and YouTube channel.

Tuesday, August 12, 2014

Promo syawal 3 (Kuala Kangsar, Perak)



Owner replace netzone nxd diskless to ccboot
40 unit client
with 5 type mainboard
Server Xeon processor with 16gb ram
configure 3 hdd sata with 1 ssd
mission complete

Monday, August 11, 2014

Penawar Kencing Manis

Petua Penawar Kencing Manis Menurut Ustaz Sharhan Shafie


Kencing manis dikhabarkan ibu kepada segala penyakit. Kalau dah terkena, bermacam-macam penyakit lain yang akan datang. Sangat merbahaya dan sungguh menakutkan.

Bahan:

  • 1 biji kelapa muda (isinya sedang berhingus)
  • 3 batang serai makan
  • 7 biji halba

Caranya:

  1. Ketuk 3 batang serai makan dan masukkan ke dalam kelapa muda. 
  2. Masukkan 7 biji halba juga ke dalam kelapa muda. 
  3. Kacau rata air kelapa dengan menggunakan serai tadi hingga sebati semuanya dengan isi kelapa.
  4. Letakkan kelapa di atas dapur/api. 
  5. Minumlah airnya dalam keadaan suam. 
  6. 1 biji kelapa untuk 2 hari minum.
  7. Buat sehingga cukup 7 biji kelapa iaitu untuk 14 hari.

Bagi pesakit DARAH TINGGI dan SAKIT BERKAITAN JANTUNG, boleh gunakan kaedah sama.

Terima kasih kepada Ustaz Sharhan Shafie kerana sudi berkongsi amalan perubatan ini.

Saya hanya bantu untuk menyebarkannya sahaja.

4G mainboard with processor





Diskless Spec CPU only without hdd
RM550






Cpu boss Compare perfomance





Q1900M
The unique motherboard built on Micro ATX form factor with DDR3 Long DIMMs!


  1. Intel® Quad-Core Processor J1900 + Micro ATX Motherboard
  2. All Solid Capacitor design
  3. Supports DDR3/DDR3L 1333 Long DIMM Slots
  4. 1 PCIe 2.0 x16, 2 PCIe 2.0 x1
  5. Graphics Output Options : D-Sub, DVI-D, HDMI
  6. Built-in Intel® 7th generation (Gen 7) graphics, DirectX 11.0, Pixel Shader 5.0
  7. 1 x Printer Port Header, 1 x COM Port Header
  8. 1 x USB 3.0, 6 x USB 2.0 (3 Front, 3 Rear), 2 x SATA2
  9. Realtek Gigabit LAN
  10. 5.1 CH HD Audio (Realtek ALC662 Audio Codec)
  11. Supports ASRock Full Spike Protection, A-Tuning, XFast LAN, XFast RAM, USB Key

Promo syawal 2 (Sg Kob, Kedah)





Diskless 
20 client pc
2 type mainboard
server i3 with 16gb ram
configure 3 hdd and 1 ssd
mission complete
Shazan Computer

Sunday, August 10, 2014

PAH CEROH

PAH CEROH



Sudin tepon saing dio namo Samad.. 

Tapi Samad tok akat-akat..

lah lah Sudin tera SMS..

SMS mulo-mulo : 
Duk mano mung Mad? ( takdok balase)

SMS keduo : 
Mad, mung duk mano ni? Ado kijo ko? ( takdok balase jugok)

SMS ketigo: 
Mad muung maroh ko aku ko? Jange gitu Mad.. ( supo tulo takdok balase)

SMS kepat: 
Weehh.. Samad. 
Maroh sungguh mung ko aku.. 
Aku tepon pah ceroh mung tok akak.. 
Aku SmS berjelo-jelo mung tok balah.. Sapa ati mung Samad. 
Aku cumo nok oyak ko mung.. 
Tepon mung tinggal umah aku nih.. 
jak pagi tadi lagi duk bunyi.. 
Supo ado hal penting jah..


KAH.....KAH....KAH

Saturday, August 9, 2014

Promo syawal 1 (Padang Temusu, Sg Petani, Kedah)






Owner upgrade from game server to diskless ..
20 unit client with 3 type of mainboard..
server c2d with 8gb ram
3 hdd + 1 ssd



Saturday, August 2, 2014

Cara beli kereta tunai - awas : bank sangat tidak suka artikel ini

Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).
Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kerata sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvii berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan bali kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta barupun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri bilaSarcasteek keluarkan design-design baru...gatal jer nak gi shopping. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050
Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVii baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k)

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)

Selamat mencuba.